Khamis, 15 Julai 2010

Monolog Bernilai 5 Sen...


Malam tadi...

Assalamu'alaikum...

Ahhh! 5 sen jer. Takkan itu pun nak riuh!!!

Pasir yang diorang curi kat Selangor tu lagi banyak.

Entah berapa juta diorang dah ambik...

nak bising-bising pasal minyak naik 5 sen?

Bersyukurlahhh...

kat Singapore, Hong Kong, Taiwan, Thailand petrol lagi mahal ooo...

Korang ingat sesaje kerajaan membazir duit yang kita bayar tuh?

cuba tengok keliling korang,

Jalanraya, highway, sekolah, hospital, lapangan terbang

korang tau tak, Jambatan Pulau Pinang tu yang terpanjang kat Asia...

KLCC tu...menara berkembar tertinggi di dunia!!!

kat Bangladesh, Zimbabwe, Sudan ada tak benda-benda macam ni?

tak jumpa yobbb!!!

Tu pun korang nak bising-bising.

Berkorbanlah sikit, apa salahnya...

apa korang tak sayang kan negara ke?

Hahhh!!! Apa???

Tak patriotik langsung!!!

yob...

negara kita nak bankrap lagi 9 tahun yob,

inilah masanya nak tolong negara kita...

inilah masanya kita buktikan semangat patriotik kita...

bila lagi nak berkorban untuk negara?

jangan kata nak lawan Israel

berdemo depan US Embassy pun hang pa tak berani,

takkan petrol naik 5 sen hang pa nak riuh!!!

Sudah la yob

Cuba la fikir secara rasional...

guna la otak kepala lutut tu sikit

Hat mana-mana yang selalu membazir tu jimatkan la sikit

tak payah makan ikan kembong, ikan bilis pun ada...

kalu makan 2 kali sehari

Cuba tukar diet tu...

makan 2 hari sekali....

Ishhh, tak pernah aku dengar orang mati tak makan 2 hari sekali

Makan nasi, kandungan gulanya banyak,

elok sangat la kerajaan naikkan harga gula

apa orang kata...

kurangkan gula dalam minuman,

lebihkan gula dalam senyuman...gitu la lebih kurang.

Ehhh...ehhh! Dah terlambat nihhh!

Kul 12 nanti harga minyak naik 5 sen...

diorang dah beratur panjang kat stesyen minyak nih

nak isi minyak penuh-penuh

nanti boleh la tahan sampai tahun depan!!!

banyak safe tu yob...

Sehari 5 sen,

Kalu setahun dah berapa?

Ok jumpa lagi...

Assalamu'alaikum!!!!

-Teratai Liar

PM sebut 'pelarasan harga' JIMAT RM750j tahun ini

Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan kabinet mengenai harga bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

-------------------------------------------------------------------

Sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan di bawah pimpinan saya telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik - Najib Makin Sewel


Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.


sumber Malaysiakini

Isnin, 12 Julai 2010

Kickdafella Sudah Salah Maklumat

Hahaha... sungguh panjang lebar blogger Kickdefella menulis dalam blog dier... citer pasai isu di Perak.... dier kata maklumat yang dier dapat tue sohih dan fakta... hahaha... tapi itu Kickdefalla sudah salah maklumat la...

Hahaha... tak tahan betul gua baca orang Kelantan punya analisis dan huraian tentang senario di Perak... walhal senario di Kelantan pon dier tak abis khatam.... hahaha... lawak... lawak...

Kickdefella tulis...


"Secara rasminya, PAS menolak cadangan Kerajaan Campuran dengan BN, sebuah keputusan yang saya amat hargai pada waktu itu. Jika PAS menubuhkan Kerajaan bersama BN pada ketika itu, ia hanya akan menyukarkan semula usaha untuk menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dari tampuk pemerintahan negara. Abdullah adalah masalah besar kepada Malaysia.


Abdullah sudah membawa petaka itu kepada rakyat Malaysia. Usaha yang boleh membantu menyelamatkan Abdullah adalah usaha yang belot terhadap keputusan pengundi pada 8 Mac 2008 itu. Pendirian Husam amat jelas dalam soal ini, dan saya bangga sekali.


Tetapi menyertai Kerajaan Campuran bersama DAP adalah satu matlamat singkat dan merbahaya kepada bukan sahaja PAS, tetapi kepada umat Islam dan orang-orang Melayu di Malaysia. Tersingkirnya Abdullah Ahmad Badawi sepatuntya membuka ruang penyatuan semula bagi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.


Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 59 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. 38 kerusi DUN adalah kawasan di mana lebih 50% pemilihnya terdiri daripada orang-orang Melayu. Manakala 21 kerusi DUN nya mempunyai komposisi pemilih Melayu kurang daripada 50%.


Daripada 21 kerusi yang mana pemilih Melayu kurang daripada 50%, 19 daripadanya menunjukkan penguasaan pemilih Cina lebih daripada 50% dan kerusi-kerusi itu dimenangi secara total oleh Pembangkang."

Ini jawapan gua.... hahaha...

Bhai Kickdefella...

Lu sudah salah fakta... Perak mempunyai lebih ramai pengundi bukan Melayu daripada pengundi Melayu...

Dan kitorang di Perak memang dah lama mengundi DAP... kalu kawasan tue DAP lawan BN... for sure kitorang undi DAP... sejak dah lama dah... sebelum ujudnyer Barisan Alternatif... sebelum ujudnyer Pakatan Rakyat... dan kalu tak silap gua seawal pilihanraya ke 9 lagi dah ramai undi DAP kalu yang bertanding tue satu lawan satu dengan BN...

Walaupun BN letak calon Melayu... ramai pengundi Melayu di Perak akan mengundi DAP (calon Cina/India/Sikh) sejak dari dulu lagi....

Lu orang luar mana lu tau... hahaha... Kelantan pon lu tak abis paham lagie... nak buat ulasan pasai pengundi di Perak...

Bhai... gua dah mengundi di Perak sejak sekian la.. dan gua tau sangat aper yang berlaku disana... gua mengundi di DUN Tualang Sekah dalam Parlimen Kampar....

So bhai Kickdefella.... lu sudah salah maklumat nih... hahaha

So... hahaha... mari kiter orang Perak gelakkan samer ini Kickdefella (yang sepatutnyer join kumpulan Konsensusn Bebas macam Zulkifli Nordin tue).... errr... Kickdefella nih bukan ADUN atau MP kan... hahaha... jadi kira dier tak laya la join... dier cuma layak jadi machai UMNO/BN pon...

dan sememangnyer Kickdefella dan RockyBru nih kedua-duanyer samer... adalah machai UMNO/BN jer.... hahaha.. jenis kejar duit, nama dan pangkat... hahahaha ... kayu.. kayu...

sumber C++

MCA DAN MIC AKAN `TALKIN'KAN UMNO

29 Rejab 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA tidak tertahan lah lagi MCA dengan karenah sebuah pertubuhan NGO yang bernama PERKASA itu. Pertubuhan yang dipimpin oleh MP Pasir Mas, Ibrahim Ali yang mendapat `ikhsan' kerusi tersebut dari PAS terlalu banyak menimbulkan kontroversi yang bukan sahaja menyakiti perasaan Ketua Pemuda Umno, bahkan juga pemimpin dari MCA juga. Bagi PR, itu semua tidak lagi menjadi pelik kerana PR sudah kenal siapa raja katak ini.

Apabila PERKASA dikatakan kununnya berjuang untuk orang-orang Melayu walaupun menyokong calon dari MIC sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor dan menolak Dato Zaid seorang Melayu Islam dari PKR, terlalu banyak memainkan isu perkauman maka MCA merasa sudah sampai masanya parti mewakili kaum Cina ini mengatur langkah agar PERKASA tidak keseorangan di gelanggang. Kenyataan pemimpin MCA agar parti tersebut wajar juga menubuhkan Pertubuhan ala PERKASA amat menarik minat kita.

Sudah tentu `PERKASA MCA' ini akan berdepan dengan PERKASA raja katak selepas ini. Tidak mengejutkan nanti akan muncul `PERKASA MIC' dan banyak lagi `PERKASA' di dalam parti komponen Bn bakal wujud. Inilah berita baik buat kita penyokong PR di mana membuktikan bahawa doa kita selama ini dimakbulkan agar mereka ini sentiasa berpecah belah. Itulah janji Allah, barangsiapa yang berjuang semata-mata atas dasar perkauman maka mereka tidak akan berjaya dan pasti berlaku pecah belah.

Kenyataan pemimpin MCA ini sudah pasti menambah beban buat Najib yang ketika ini sudah tidak terlarat lagi untuk berbohong kepada rakyat bahawa Bn sebuah parti yang stabil. Perkembangan ini menarik untuk kita lihat kesudahannya. Di dalam keadaan MCA menuduh DAP menyokong Islam yang dibawa oleh PAS, Umno pula tuduh PAS diperkudakan oleh DAP, PKR pula ejen Yahudi, Umno semakin menampakkan caca merba strategi mereka untuk menyaingi PR. Sudah habis modal untuk diperkatakan terhadap PR, sehinggakan terpaksa menyebut bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

Apa pun yang Umno perkatakan terhadap PKR, PAS dan DAP, hakikat yang kita lihat sehingga kini Umno tidak berani berdepan dengan ketiga-tiga parti di dalam PR ini. Mereka hanya terdaya menggunakan media pencacai mereka sahaja. Di pentas perdebatan, Umno bukan parti yang boleh lagi kita jemput untuk menunjukkan kebenaran hujah dan fakta.

PR hanya perlu menambah baik lagi penerangan di kalangan kaum Melayu yang kini masih ramai terpedaya dengan propaganda Umno. Nasib Umno tidak lagi di tangan parti komponen di dalam Bn, tetapi di tangan kaum Melayu yang masih tidak sedar itu. Jangan terperanjat jika MCA dan MIC akan menggalikan liang lahad serta mentalkinkan Umno suatu hari nanti.

sumber Cina Islam

Isnin, 5 Julai 2010

Bebaskan Negara dari Kerajaan Tahi



1. Allah swt menyifatkan Judi dan sebahagian maksiat lain seperti arak sebagai najis atau kotoran yang jijik. Malah ia pula adalah "kerjaan" syaithan a'laihi laktullah. Menjadi tanggungjawab semua khasnya pemuda - pemuda Islam bangkit berjuang membebaskan diri dan masyarakat dari terus bergelumang dalam kubang najis atau tahi yang kotor lagi jijik .

2. Negara kita merupakan sebuah "Kubang Tahi" no 3 terbesar di dunia selepas Las Vegas di Amerika dan Macau di Hong Kong . Ianya sungguh memalukan . Malu pada Tuhan dan pada malu pada dunia . Sementara negara kita mempunyai lebih dari 10 orang mufti dan entah berapa ratus orang qadhi pula berapa ribu Imam di seluruh negara .

3. Sebahagiannya menjadi kuda kepang yang ditunggang oleh "Kerajaan Tahi" , menurut ke mana jua arah dipacu asal mulut terus dikekang dengan elaun dan gaji pokok yang lumayan . Rakyat tenggelam timbul dalam "kubang tahi" malah sebahagian mereka pula entah banyak mana yang telah tertelan tahi . Lebih malang , akibat terlalu lama bermukim di dalam kubang tahi ini , sebahagiannya mula berasa selesa dan lebih jijik apabila tahi pula dijadikan makanan rutin mereka .

4. Apa boleh buat , apabila mereka telah rasa selesa begitu . Namun sekurang - kurangnya ada usaha gigih daripada kita untuk menarik keluar insan yang terperangkap dalam kubang tahi yang besar ini . Benar apa yang diungkapkan oleh Sdr Suhaizan Kaiat bahawa kempen Membantah Judi yang digerakkan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi [ GMJ ] adalah suatu yang ditunggu - tunggu oleh anak - anak dan juga isteri - isteri yang sering menjadi mangsa sang ayah dan sang suami yang terjerat dalam kubang tahi ini .

5. Setelah Lesen Judi Sukan ditarik balik atau dibatalkan [ setakat ini oleh : Majlis tertinggi UMNO bukan Kabinet ] , GMJ meneruskan pula kempen Tak Nak Judi sebagai satu pendidikan berperingkat dan berterusan untuk rakyat dan negara membersihkan diri dari tahi yang jijik . Setelah 50 tahun berkubang dalam loji tahi yang besar ini , satu gerakan pendidikan Tak Nak Judi mesti digerakkan secara serius dan berkesan .

6. Malaysia mempunyai sekurang - kurang 11 Loji [ baca kubang ] Tahi yang besar .

a] Perjudian Cyber
b] Perjudian Atas Kapal [ Malaysia 2 buah kapal kasino mewah 6 tingkat ]
c] Kasino di Pekan Danok Bukit Kayu Hitam
d] Perjudian bergerak [ menggunakan van - van besar ]
e] Perjudian di Kedai - kedai kopi
f] Sindiket Judi
g] Casino de Genting
h] Judi Nombor Ekor
i] Lumba Kuda dan Perlawanan bola sepak [ judi sukan ]
j] Mesin Permainan Video
k] Judi kanak - kanak [ tikam - tikam , mesin slot dan pertaruhan turap

Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras pengupayaan Melayu

7. Industri Judi satu penindasan , yang kaya raya ialah tauke judi [ baca Tauke Tahi ] sementara pemain judi [ baca Pemain Tahi ] akan terus menderita papa kedana . Syarikat judi [ baca Syarikat Tahi ] akan terus mengaut keuntungan jutaan ringgit . Lihat sahaja rekod yang ada . Biarpun rekod lama , tetapi menunjukkan keuntungan yang mereka kaut . Sekurang - kurangnya negara kita mempunyai 7 syarikat besar yang memiliki "Kubang Tahi" ini :

a] Genting Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 1, 101, 101,000 ]
b] Resort World Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 645, 800, 000 ]
c] Magnum Corporation Bhd [ th 99' : untung bersih : RM 519, 304, 000 ]
d] Metroplex [ th 99' : untung bersih : RM 88, 980, 000 ]
e] Leisure Managment [ th 99' : untung bersih : 78, 958, 000 ]
f ] Berjaya Sport Toto Bhd [ th 2000 : untung bersih : RM 254, 474, 000 ]
g] Tanjung Public Limited Company [ th 99' : untung bersih : RM 185, 517, 000 ]

Sumber : Industri Judi di Malaysia
Teras Pengupayaan Melayu

8. Mungkin kita tidak bermain judi [ baca main tahi ] secara langsung , tetapi sebahagian ummat Islam dalam negara kita mahu tidak mahu terperangkap dalam menerima dan mengambil manafaat dari hasil judi negara [ baca hasil tahi negara ] . Ini berlaku melalui tindakan kerajaan yang melabur dalam syarikat - syarikat tahi yang besar ini . Sebagai contoh , merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur [ KLSE - RIIAM Information System ] dicatat badan - badan yang mewakili kerajaan Malaysia menanam saham [ baca saham tahi ] dalam syarikat - syarikat judi .

a] KWSP : Jumlah saham : RM 7, 894, 800 [labur di Genting Highland & Resort World Bhd]
b] Lembaga Tabung Angkatan Tentera : RM 45, 162, 668 [ Resort World Berhad ]
c] Amanah Raya Berhad : RM 8, 828, 400 [ Metroplex ]
d] Kementerian Kewangan M'sia : RM 327,000 [ Metroplex ] & RM 20,000 [Berjaya Group]

9. Rakyat dipaksa makan hasil tahi . Lebih malang , syarikat - syarikat judi ini turut dimiliki atau dikuasai oleh orang - orang Islam yang pastinya memalukan nama baik Islam dan ummatnya. Namun ini realiti negara kita : [ rekod lama yang kita miliki dan sebahagiannya kekal sehingga sekarang ]

a] Genting Berhad : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis Negara sbg Deputy Chairman
b] Magnum Corp Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Vice Chairman
c] Resort World Bhd : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis : Deputy Chairman
d] Berjaya Group : Dato' Sulaiman Mohd Noor : Director
e] Berjaya Sport Toto : Tan Sri Dato' Jaafar Abdul : Director
f] Leisure Managment Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Director

10. Kerajaan didesak supaya ambil langkah berkesan dan bijak untuk membebaskan negara ini dari Industri Tahi agar kelak orang tidak panggil negara kita Negara Tahi ! Seperti negara memerangi dadah yang disebut sebagai najis [ tahi ] malah diisytihar sebagai musuh no 1 negara. Jua sebagaimana kerajaan menangani rokok yang dilihat sebagai merbahaya kepada kesihatan . Kenapa judi tidak dilihat merbahaya kepada kesejahteraan negara dan rakyat . Judilah yang menyuburkan budaya gengster , Along , mafia dan akhirnya menelurkan pelbagai bentuk jenayah .
11. Sekurang - kurang kerajaan mempunyai plan berkesan untuk mengurangkan judi yang kian berleluasa di negara kita . Saya tertarik dengan gesaan yang pernah dibuat oleh Yb. Leong Ngah - Ngah Adun Triang dari DAP supaya kerajaan tidak lagi menyiarkan keputusan nombor ekor di dalam surat khabar berbahasa melayu sebagai salah satu usaha membendung pembelian nombor ekor dikalangan orang Islam .

12. Semua pihak mesti serius . Bermula dengan Kerajaan Persekutuan [ pusat ] , Kerajaan Negeri - negeri [ terutama negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ] , Badan - badan politik , Ngo - Ngo dan orang perseorangan mestilah gigih berusaha untuk mengurangkan operasi judi yang berlesen atau tidak , justeru kesemuanya membawa kesan yang serupa .

13. Kita sasarkan 50 tahun akan datang , negara kita menjadi negara yang sifar judi . Meskipun tempoh ini panjang , namun usaha terancang dan berkesan termasuk menggunakan kuasa yang dimiliki serta kempen berterusan mestilah digerakkan . Sekurang - kurangnya negara kita beransur aman kerana kita juga memahami bahawa sukar untuk menghapuskan judi secara serentak setelah indusri ini dibina sejak 50 tahun yang lalu . Ianya telah mengakar dalam negara kita .

14. Selamatkanlah anak bangsa kita , generasi muda yang bakal memimpin negara dan seluruh rakyat yang tidak bersalah agar mereka tidak dipaksa menanggung akibat perbuatan manusia yang telah hilang kewarasan dan kewibaan kerana berada di bawah pengaruh ketagihan judi yang parah .
15. Insyaallah , sedikit masa lagi saya cadangkan agar GMJ menganjurkan Konvoi Tak Nak Judi ke Genting Highland sambil mengedar risalah mendidik rakyat supaya meninggalkan aktiviti yang tidak baik malah keji ini .

Kami mewakili seluruh rakyat prihatin menegaskan bahawa :
kami Tak Nak Judi ! walau apa jenis judi tersebut .

Ya Allah ! Selamatkan kami , negara kami , generasi kami bahkan seluruh rakyat dalam negara ini daripada terjebak dalam kancah perjudian . Ya Allah ! selamatkan kami dari kemurkaanMu dan kami berlepas diri dari perbuatan manusia - manusia fujur [ jahat ] yang telah mencetus kemurkaanMu Ya Allah !

Ya Allah ! Berikan kekuatan kepada kami untuk terus berjuang , menggerakkan kempen atau dakwah murni , mengajak manusia menghindarkan diri dari maksiat besar ini .

Ya Allah ! berilah petunjuk dan keredhaanMu kepada kami dan semua rakyat agar insaf dan sedar betapa judi dan maksiat - maksiat yang lain adalah suatu yang wajar dimansukh atau dibenteras dalam negara kita .

Ameen Ya Rabbal A'lamin .


Sumber Episode Perjuangan

Tarian lapok BN - rakyat makin muak

Agenda perkauman adalah agenda yang menjadi ‘remedi’ atau preskripsi ubat oleh British untuk meredakan ketegangan kaum sebelum mereka meninggalkan bumi yang telah gagal mereka kuasai lagi.

Untuk menolak obligasi mendukung kaum Cina dan India yang telah di bawa ke Tanah melayu, menghasilkan tindakan penjajah untuk terus memisahkan hubungan sesama kaum melalui politik, sekolah pemikiran dan gaya hidup perkauman chauvinis yang cukup teruk.

Rakyat malaysia yang berakal kian muak melihat pertelingkahan antara PERKASA yang mendabik dada mampu bersuara tanpa mengira sensitiviti kaum lain (atas alasan mereka NGO Melayu) serta MCA yang merupakan parti perkauman Cina yang kian retak menanti belah.

Lebih dahsyat, mereka masih menyimpan fahaman ala israel yang cukup zalim iaitu ingin menyelesaikan perteingkahan mereka menggunakan ISA untuk menangkap sesama mereka (yang berasal daripada kelompok sekolah pemikiran perkauman BN.

Kini Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press telah enggan tunduk kepada desakan NGO Melayu tersebut dan tetap mempertahankan kenyataan mereka bahawa perjuangan PERKASA bertentangan dengan gagasan 1Malaysia. Bukan sahaja PERKASA, MCA yang berjuang atas dasar perkuaman Cina juga adalah salah satu faktor menenggelankan retorik 1 Malaysia Najib.

Lantaran telah beku idea untuk menyerang sesama mereka, Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor pula mendesak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali disiasat mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa bersifat perkauman.

Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei berkata, gesaan itu disuarakan berikutan tindakan Perkasa menerbitkan artikel yang menyentuh sensitiviti perkauman dalam edisi sulung Suara Perkasa dalam rencana bertajuk ‘Tahan Ka Siong di bawah ISA’.

Artikel di dalam akhbar berkenaan melalui kenyataan Timbalan Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, mendesak Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, segera memohon maaf selepas mendakwa Ka Siong mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagaimanapun, Ka Siong menafikan dakwaan itu.

Semakin BN membuang bebrbilion wang untuk meminta nasihat yahudi, yang jelas nasihat yang sebenarnya diberikan APCO mungkin adalah menyelesaikan setiap perbalahan melalui gendang tarian perkauman. Pakatan rakyat kian meninggalkan medan politik sebegini malah usaha PR perlu ditumpukan untuk terus memahamkan rakyat betapa agenda pekauman adalah agenda ortodoks, primitif dan sangat jahil untuk dianuti oleh rakyat negara yang kian maju ini.

Masyarakat yang maju juga celik undang-undang serta pasti akan menolak akta ISA yang cukup zalim. Akta yang menghendaki tahanan ditahan tanpa sebarang hak perundangan adalah juga akta tinggalan penjajah dan amalan Israel sehingga kini. Rakyat yang sedar akan faham, isu perkuaman dan sikap menyelesai masalah melalui ISA hanyalah nasihat mujarab daripada APCO dengan bayaran yang cukup mahal.

(*) Tulisan Muhammad Nuruddin Bashah

Sumber Politik Banjar